Kes Jana Wibawa: SPRM Dapat Kebenaran Mahkamah Sambung Reman Datuk Roy

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran menyambung reman terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah reman selama empat hari bermula 17 hingga 20 Mac ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan lanjut reman daripada SPRM pagi tadi.

Sebelum ini, suspek bersama dua lagi individu direman selama tiga hari bermula 14 Mac lalu hingga hari ini selepas ditahan kira-kira pukul 3 petang sehari sebelumnya ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan reman lanjut terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat