Naib Presiden UMNO tak tahu wujud rundingan dengan PKR, DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun ura-ura rundingan awal kerjasama antara UMNO, PKR dan DAP heboh dicanang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun perkara itu tidak diambil maklum oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang rundingan atau kerjasama yang bakal dijalin di antara pemimpin tertinggi UMNO, PKR dan DAP.

“Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, discussion atau sudah rule out plan untuk kerjasama,”

“Setakat ini, sebagai Naib Presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini,” kata Mahdzir dalam sebuah kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan rundingan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan pemimpin PKR.

Pada Oktober lalu, tersebar surat kepada istana yang ditulis bersama oleh Zahid dan Datuk Seri Najib Razak, menyokong usaha Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai UMNO.

Kedua-dua pemimpin tersebut tidak pernah mengakui dakwaan tersebut, namun kedua-duanya dilihat sering mendesak ahli Parlimen BN untuk mempertimbangkan sokongan kepada Anwar.

Zahid dan Najib adalah sebahagian daripada pasukan Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam UMNO pada tahun 1990-an. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat