Sembilan tahun kehilangan MH370 dalam Netflix

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Awal pagi 8 Mac 2014 mencatat sejarah duka buat rakyat Malaysia apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, terdiri 38 rakyat Malaysia dan 153 (China) menjadi perhatian seluruh dunia berikutan kegagalan menjejakinya, selain gerakan mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dilakukan.

Menghampiri sembilan tahun, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai hingga hari ini, biarpun pelbagai teori mengenai kejadian awal pagi 8 Mac itu timbul, namun masih belum terbukti.

Sehingga kini, MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.

Selain itu, pelbagai dokumentari diterbitkan dan terbaharu, dokumentari MH370: The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix pada detik tragedi pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac depan.

Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared bakal membawa komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasatan yang masih terus mencari jawapan atas kehilangan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 1.30 pagi ketika pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan berada di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia adalah laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan Vietnam, sebelum masuk ke ruang udara China.

Episod pertama akan membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.

 

MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.
MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.

 

Episod kedua bakal menampilkan beberapa pakar yang akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas.

Tragedi menyayat hati itu sekali lagi menyebabkan Malaysia menjadi perhatian dunia, selepas empat bulan selepas kehilangan MH370. Tragedi itu mengorbankan 298 nyawa insan yang tidak berdosa.

Episod ketiga pula bakal memaparkan penemuan serpihan besar dipercayai milik MH370 yang hanyut di lautan di Timur Afrika.

Seperti dilaporkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pakar lain, serpihan sayap pesawat disahkan milik MH370, namun sesetengah wartawan dan ahli keluarga mangsa masih skeptikal dengan penemuan berkenaan.

Antara tetamu diundang dalam dokumentari itu termasuklah wartawan sains dan penulis The Plane That Wasn’t There: Why We Haven Found MH370, Jeff Wise dan wartawan, Florence de Changy.

MH370: The Plane That Dissapeared arahan Luise Malkinson yang pernah menerbit siri dokumentari jenayah seperti Catching a Predator pada 2021.

“Keluarga mahu masyarakat terus bercakap mengenai hal ini (kehilangan pesawat). Mereka mahukan satu platform yang boleh mewakili mereka kerana menghampiri sembilan tahun tragedi ini berlaku, namun tiada apa-apa penemuan,” kata Malkinson.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat