KPM Hingga Kini Tidak Iktiraf UEC – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan.

Katanya, pendirian itu berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sentiasa menjadi pegangan KPM.

“KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

“Dalam konteks ini, SMPC bukan sebahagian daripada institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta 550.

“Oleh yang demikian, KPM tiada obligasi untuk memperuntukkan atau menginstitusikan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC,” katanya dalam jawapan bertulis di sidang Dewan Rakyat.

Fadhlina (PH-Nibong Tebal) berkata demikian menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ingin tahu pendirian KPM terhadap pengiktirafan UEC dan permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SMPC. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat