Erma Fatima kecewa program keagamaan tak dapat sambutan

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pengarah, Erma Fatima kecewa kerana perjuangannya dalam menganjurkan program berbentuk islamik seolah-olah tidak dihargai orang ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.

“Sebab kita sudah terbiasa dengan yang ‘free‘ (percuma). Aku pernah lalui ketika buat teater Sirah Junjungan di Istana Budaya.

“Sedih walaupun niat kita nak ‘upgrade‘ (tingkatkan) kualiti majlis agama sama ‘standard‘ dengan konsert-konsert biasa yang penuh panggung,” tulisnya.

Dalam perkongsiannya lagi, Erma berkata, dia pelik apabila orang ramai tidak mengeluh jika membeli tiket untuk menonton konsert membabitkan artis luar.

“Bila konsert artis luar penuh dapat sambutan kita ‘complaints’ sana sini. Tapi bila majlis ilmu macam ni tetap ‘complaint.’ Beli tiket majlis ilmu yang serendah RM35, apalah sangat kan?” tulisnya.

Bagaimanapun kata Erma, dia sangat menghargai kepada mereka yang sudah membeli tiket untuk program islamik Cahaya Israk & Mikraj itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat