Malaysia hantar poskad desak PBB terima keanggotaan Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri dan Jemaah Menteri hari ini mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima Palestin sebagai negara anggota.

Sekali gus menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.

Untuk tujuan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Jemaah Menteri menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Perdana Menteri berkata, poskad khas ini akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB.

“Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres.

“Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat