Hala tuju dan strategi Kerajaan Perpaduan 2024 disampaikan ketika pemukiman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Program pemukiman anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pada 2024 dilaksanakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri menyampaikan mandat kepada semua anggota Jemaah Menteri dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam tentang hala tuju dan strategi kerajaan bagi tahun 2024 serta bagi jangka masa sederhana dan panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 31 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 15 orang jemputan khas telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024
yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Program berlangsung selama dua hari bermula 17 hingga 18 Januari 2024.

“Program juga bertujuan bagi mencapai penjajaran matlamat (alignment), serta mewujudkan rasa kebersamaan (joint ownership) dan kesatuan (unity) dalam kalangan anggota Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan kerajaan yang bersepadu dan tuntas berteraskan konsep ‘whole of government dan ‘whole of nation’.

“Program permukiman kali ini juga membawa matlamat untuk memantapkan sinergi dan kerjasama antara Jemaah Menteri bersama kepimpinan perkhidmatan awam serta memberdaya iltizam dalam melaksanakan pelan-pelan tindakan tersebut (with “Focused Execution”) untuk merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI,” kata Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan pada Rabu.

Program yang berlangsung selama dua hari ini membawa beberapa sesi wacana dan
forum yang melibatkan pakar-pakar dari sektor awam, sektor swasta, industri dan organisasi antarabangsa.

“Perkara-perkara yang dibincangkan mencakupi aspek-aspek penting termasuk Cabaran dan Hala Tuju Ekonomi, Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Pembangunan Infrastruktur dan Kemampanan, Tadbir Urus, Inovasi dan Komunikasi ke arah kemakmuran negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat