Peruntukan RM1 juta untuk ‘Program Berkhatan Anak Pahang’ – Wan Rosdy

- Advertisement -

LIPIS: Kerajaan negeri Pahang memperuntukan sebanyak RM1 juta untuk Program Berkhatan Anak Pahang bagi tahun 2023.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ia melibatkan 3,500 orang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun ke bawah daripada golongan B40.

Katanya lagi, menerusi Belanjawan 2024 yang baru di bentang baru-baru ini, Kerajaan Negeri meneruskan program ini dengan peruntukan yang sama iaitu RM1 juta ringgit.

“Pada hari ini seramai 162 kanak-kanak lelaki sekitar daerah Lipis menyertai program berkhatan ini,

“Saya yakin, program ini juga turut membantu dan meringankan kos berkhatan yang agak tinggi pada masa kini.

“Dalam Islam, berkhatan adalah tanda ketaatan kepada perintah Allah SWT dan tindakan yang memberikan manfaat kepada kesihatan fizikal serta kerohanian,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Berkhatan Anak Pahang, peringkat Negeri, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang, Tuan Ir. Razali bin Kassim, Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama, berlangsung juga penyerahan Mock Cheque Sumbangan Masjid dan Surau Negeri Pahang kepada Tabung Kemanusiaan Pahang4Palestine.

“Sumbangan ini disalurkan oleh ahli kariah yang melibatkan 696 masjid dan 1,540 surau di seluruh Pahang dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM 843,897 ringgit,

“Dan sehingga ke hari ini jumlah sumbangan yang telah dikumpulkan sudah pun berjumlah RM1.566 juta ringgit dan sudah pun mengatasi sasaran iaitu RM1 juta ringgit. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Wan Rosdy juga menyerahkan Sumbangan Cek Kerajaan Negeri kepada 28 orang penerima dan wakil penerima melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM791,606 ringgit.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat