YBR Rai 34 Graduan Cemerlang Tajaannya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini meraikan 34 graduan tajaan dalam Majlis Kecemerlangan Anggota dengan menganugerahkan wang tunai bernilai lebih RM34,000 kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan CGPA 3.50 ke atas bermula Julai 2020.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ganjaran wang tunai bernilai RM1,000 seorang itu diberikan kepada graduan yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang serta sebagai penghargaan kepada mereka yang telah
menunjukkan pencapaian yang membanggakan di dalam pengajian serta aktif di dalam pembabitan kokurikulum.

“Anugerah Kecemerlangan Anggota yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 merupakan salah satu usaha YBR bagi menghargai dan memberi inspirasi kepada anak-anak anggota Bank Rakyat serta pelajar tajaan untuk mencapai keputusan akademik yang terbaik serta menyokong agenda pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan tinggi,” katanya pada Khamis.

Megat Zulkarnain memberitahu dalam mendepani cabaran Industri 4.0, pelajar bukan sahaja perlu bijak malah konsisten dari segi emosi, kreativiti, inovatif, bijak merebut peluang serta berani mengambil risiko dalam membuat keputusan.

Katanya, dengan adanya anugerah ini ia dapat memberi dorongan serta memotivasikan graduan untuk lebih berjaya serta
berbakti kepada bangsa dan Negara.

“Yayasan Bank Rakyat menyediakan pelbagai peruntukan bagi pembangunan modal insan termasuk mengubah Pembiayaan
Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada Biasiswa kepada pelajar tajaan yang mendapatkan keputusan cemerlang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat