Budak 8 tahun kes kedua Omicron

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menetap di Lagos, Nigeria.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pesakit kemudiannya disahkan varian Omicron pada 14 Disember lalu, selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melakukan jujukan penuh genom.

“Pesakit tidak mempunyai gejala dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Ini menjadikan kes kumulatif kes yang dikesan Omicron adalah sebanyak dua kes di mana kedua-duanya membabitkan jangkitan import dari luar negara,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Khamis.

Khairy berkata, kementeriannya turut memaklumkan sebanyak 18 kes kemungkinan varian Omicron dikesan di negara ini dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara.

Beliau berkata, 18 kes kemungkinan varian Omicron itu dikesan hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) membabitkan 52 sampel.

Namun, katanya, keputusan pengesahan berhubung varian itu akan diperoleh melalui jujukan genom penuh (WGS) yang akan diperoleh esok.

“IMR menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara bagi tempoh 6 sehingga 10 Disember lalu.

“KKM ingin memaklumkan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada WGS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat