PM Hargai Keprihatinan Ahli Parlimen Lulus Belanjawan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, khususnya daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atas sokongan yang diberikan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Muhyiddin berkata sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Saya juga mengingatkan tentang kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan yang diwakili sebaiknya,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Penghargaan itu dizahirkan Muhyidddin dalam ucapan ringkas pada majlis makan tengah hari bersama wakil rakyat PNBBC di Parlimen hari ini.

Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diluluskan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat