Koleksi Filem Yasmin Ahmad Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula Jumaat Ini

- Advertisement -

Menonton filem dan drama di Netflix sudah menjadi kebiasaan atau kewajipan buat sebahagian besar daripada kita terutama sekali bila berada di hujung minggu.

Walaupun terdapat ratusan (jika tidak ribuan) tajuk-tajuk yang disediakan namun pengalaman ini akan menjadi lebih istimewa jika filem-filem tempatan yang disajikan di laman penstriman ini.

Jika sebelum ini filem Puteri Gunung Ledang mula ditayangkan di platform penstriman atas talian itu, kini giliran filem-filem terbaik hasil arahan pengarah terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad pula bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Daripada TALENTIME, MUKHSIN dan juga RABUN, ketiga-tiga filem yang pernah ditayangkan di pawagam dan menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu ini bakal ditayangkan bermula 18 Disember (Jumaat) ini di Netflix.

131435900_733585117274776_1978909764621629698_o

TALENTIME ANTARA YANG BAKAL DISIARKAN BERMULA JUMAAT INI DI NETFLIX

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi Netflix beberapa jam lalu yang membawakan perkhabaran gembira itu kepada penonton di Malaysia.

“18 Disember ini, kami akan membawakan beberapa hasil kerja arwah Yasmin Ahmad kepada penonton di seluruh dunia.

“Filem-filem ini bukan sahaja telah memenangi anugerah tetapi telah memprovokasi fikiran kita tentang erti sebenar menjadi rakyat Malaysia di hati dan minda kita,” umum mereka.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat di Facebook ini, filem-filem yang disenaraikan ini bukan sahaja boleh ditonton penonton tempatan tetapi turut ditayangkan di seluruh dunia.

Buat anda yang masih belum menonton filem-filem ini, TALENTIME menceritakan tentang kisah pertandingan nyanyian Talentime yang disertai Melur dan juga Mahesh.

Filem Mukhsin pula menceritakan tentang kisah persahabatan antara Orked lakonan Sharifah Aryana dan juga Muhsin yang dibawa oleh Syafie Naswip.

Manakala, filem Rabun pula mengisahkan kisah inspirasi Pak Atan lakonan M Rajoli dan isterinya yang membuat keputusan untuk pulang ke kampung selepas tidak lagi menemui keseronokan dalam hidup mereka di bandar.

Buat anda yang pernah menonton ketiga-tiga filem ini, mungkin ini adalah masa untuk anda mengimbau kembali dan mengenang kembali hasil kerja arwah Yasmin Ahmad yang pernah menghiburkan kita suatu ketika dahulu.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat