Suspek tikam ada masalah pembelajaran saja bukan mental – polis

KUALA LUMPUR – Sekolah mengetahui suspek yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selasa lepas, hanya mempunyai masalah pembelajaran, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, dakwaan mengatakan sekolah mengetahui suspek berumur 14 tahun itu mempunyai masalah mental adalah tidak benar.

‎”Saya berpendapat tidak adil‎ untuk saya memberikan komen tentang keadaan mental tersebut kerana pihak polis bukan pakar psikiatri, jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya.

‎”Setakat siasatan hingga kini, saya‎ dimaklumkan bahawa suspek ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk membaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental atau personaliti dia, perkara ini diuruskan oleh pihak sekolah,” katanya.

‎Shazeli berkata pihaknya juga sedang melihat kepada pengaruh permainan video serta kandungan media sosial tertentu yang berkemungkinan menjadi faktor pendorong.

‎Beliau berkata, dua lagi individu dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini. Hasil bedah siasat terhadap mangsa akan diketahui dalam masa sebulan.

‎”Polis kini sedang meneliti semua aspek termasuk motif dan pengaruh luar yang mungkin mendorong tindakan suspek,” katanya lapor Bernama pada Khamis.

‎Mahkamah Majistret semalam membenarkan reman selama tujuh hari terhadap remaja itu bagi membantu siasatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat