Tak mudah Malaysia hantar tentera ke Palestin – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tidak mudah untuk Malaysia menghantar tentera ke Palestin.

Jelas Anwar penghantaran tentera Malaysia ke Palestin perlu mendapat kesepakatan negara jiran di sana kerana sukar untuk pesawat kita mendarat untuk masuk ke negara bergolak itu.

“Ada di Malaysia juga yang menyatakan suara bahawa kita enggan menghantarkan pasukan tentera.

“Kepimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Mahu hantar tentera termasuk pendamai keamanan atau koridor kemanusiaan itu mesti disepakati negara jiran. Jika tidak pesawat kita tidak boleh land,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jadi, Anwar meminta supaya ada kesefahaman untuk tidak mengelirukan rakyat.

“Kalau dikatakan perlu kita sepakat sebagai suatu komuniti ummah bersama dengan rakan-rakan kita dan jiran untuk memutuskan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi dan jadi mangsa kekejaman rejim Israel,” jelas beliau.

Kata Anwar lagi, pada peringkat awal ini Menteri Luar akan mewakili kita untuk menyampaikan pandangan kita dengan satu matlamat iaitu menyelamatkan keadaan sekarang dan keduanya mengambi langkah-langkah apa sahaja yang perlu.

“Saya akan susuli di Riyadh dan sekiranya perlu saya akan bantu rakan-rakan di sana untuk membantu mereka mencari
penyelesaian yang baik.

“Kerajaan Malaysia akan terus memohon sokongan antarabangsa bagi menekankan Israel untuk membuka laluan kemausiaan,”ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat