67 Unit PPR Di KL Akan Diganti Lif Baru, RM127 Juta Diperuntukan Kepada DBKL – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan berjumlah RM127 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru di 67 unit PPR di Kuala Lumpur.

Jelas Perdana Menteri, Kerajaan mengambil berat isu paling besar di projek perumahan rakyat (PPR) iaitu masalah lif rosak. Isu ini perlu dipandang serius kerana tanpa lif yang berfungsi dengan baik, kehidupan penduduk PPR pastinya lebih terbeban

“Oleh itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127 juta kepada DBKL bagi menukar lif lama kepada yang baru di 67 unit PPR seluruh Kuala Lumpur.

“Kementerian Kewangan juga telah meluluskan RM15 juta bagi menaik taraf taman permainan, longkang, saluran air, jalan raya dan lain lain kemudahan di semua PPR di seluruh Wilayah Persekutuan dan Seri Perak.” katanya selepas program walkabout di Perumahan Awam Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Turut sama dalam program walkabout ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja mengganti semula pendawaian elektrik yang telah lama dan membahayakan.

“Bagi menaik taraf dataran serbaguna yang meliputi penggantian lantai, lampu-lampu, dan infrastruktur riadah.

“Bermula tahun hadapan, seluruh PPR di Kuala Lumpur akan mendapat unit lif baru bagi memudahkan kehidupan penduduk.

“Saya berharap, dengan jumlah RM127 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada DBKL mampu menyelesaikan masalah di semua PPR di seluruh Kuala Lumpur.” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat