KPM tidak keluarkan surat penolakan pengambilan murid antarabangsa SMPC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan tiada sebarang surat penolakan berkaitan permohonan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh Jun hingga Ogos 2023.

“KPM ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan yang telah dibuat dalam tempoh berkenaan.

“KPM mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC),” katanya.

Tambah KPM lagi, kesemua permohonan yang diterima berada dalam penilitian dan pihak sekolah terlibat telah dimaklumkan mengenainya.

“Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan.

“Selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa, KPM sentiasa mengalu-alukan kemasukan murid antarabangsa dan dalam masa sama KPM bertanggungjawab memastikan setiap prosedur yang ditetapkan dipatuhi,” katanya.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan dakwaan terdapat kira-kira 28 permohonan pengambilan murid antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat