Noktah, Momen indah Mr Big buat peminat.

- Advertisement -

Mr Big  adalah satu nama yang cukup senonim dengan genre rock yang terkenal di seluruh America dan dunia keseluruhanya,  bagi peminat peminat muzik Rock lagu-lagu Mr Big akan menjadi siulan di mulut mereka yang tidak dapat mereka lupakan.

Mr Big yang dibarisi oleh dua legendaris iaitu Billy Sheehan (bass), Paul Gilbert (gitar utama) bersama Eric Martin(vokalis) akan memberi peminat mereka kepuasan apabila mendengar lagu lagu mereka secara live sepanjang jelajah mereka ke seluruh dunia.

Buat peminat di Malaysia pula, Mr Big mendapat sambutan yang bergitu hangat dan ini jelas terpancar di setiap wajah peminat menghadiri konsert Mr Big yang bermula pada jam 9 malam di The Zepp, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.

Persembahan yang santai dan bertenaga, vokalis Eric Martin membuka tirai persembahan  dengan lagu yang di petik dari album pertama mereka berjudul “Addicted To That Rush” yang jelas konsisten berterusan sepanjang persembahan mereka tanpa dipengaruhi faktor usia walau sedikit pun.

Eric yang mewakili seluruh band bersama pemain drum baru mereka Nick D’Virgilio, beberapa kali menzahirkan betapa mereka berbesar hati menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir dalam siri jelajah “The Big Finish” World Tour mereka sebelum kumpulan yang berasal dari Los Angeles ini “direhatkan” setelah lebih dari 35 tahun berada dalam industri muzik.

Konsert anjuran Shiraz projects yang berlansung selama 2 jam itu dihadiri oleh 1500 peminat peminat muzik Hard Rock/Glam Rock era 80an – 90an yang membesar dengan lagu – lagu dari Mr Big. Lagu Lagu pada malam itu seperti “Take Cover, Undertow, Alive and Kicking” dan beberapa lagu dari album – album terawal mereka.

Jelas ketara lagu – lagu hits mereka seperti “Just Take My Heart”, “To Be With You”, Daddy, Brother, Lover, Little Boy” yang dipetik dari album “Just Lean On It” masih memberikan impak kepada peminat tegar kumpulan ini yang turut menyanyikan bersama lagu – lagu tersebut dari mula hingga akhir. Sebagai info Mr Big menyampaikan kesemua lagu dalam album tersebut seperti “Never Say Never”, “A Little Too Loose”, “Road To Ruin”, “Voodo Kiss”, “My Kinda Woman”.

Persembahan mereka juga diselang-selikan dengan aksi solo petikan gitar yang memukau dari Paul Gilbert yang memang sangat dinantikan oleh penonton yang hadir lebih – lebih lagi bagi para gitaris tempatan yang menjadikan beliau sebagai idola mereka, manakala Billy Sheehan pula memberikan satu kenyataan tegas bahawa bassis juga mampu melakukan aksi solo yang ternyata membuatkan mata – mata yang melihat tidak berkelip dan seakan tidak percaya ianya dilakukan menggunakan gitar bass yang hanya mempunya 4 tali.

Dari segi teknikaliti, sistem bunyi yang menampilkan kualiti bertaraf 5 bintang, jelas kedengaran setiap note yang dimainkan oleh gitaris tersohor dunia Paul Gilbert mahupun getaran bass dari bassis unik lagi hebat Billy Sheehan. Dentuman menggegar jantung dari pemain drum Nick D’Virgilio juga tidak kurang hebatnya menyusun rentak persembahan pada malam itu. Persembahan pada malam itu juga dimandikan dengan tatarias pencahayaan pentas yang seimbang dengan kilauan lampu yang bergemerlapan.

Antara lagu – lagu lain yang mengisi hampir 2 jam persembahan mereka ialah “Green Tinted Sixties Mind”, Lucky This Time”, “Big Love”, “Promise Her The Moon” dan “Colorado Bulldog”.

Secara keseluruhan persembahan pada malam itu menjadi detik indah buat peminat yang akan berterusan dikenang sampai bila – bila. Kagum dan puas, dapat dilihat terukir pada setiap wajah peminat yang hadir pada malam tersebut.

menjadi kepuasan bagi mereka yang hadir pada malam tersebut yang dapat dilihat pada setiap wajah setiap peminat yang hadir.

Terlalu berat untuk meninggalkan dewan yang menjadi saksi aksi gergasi Rock kegilaan ramai dahulu, kini dan selamanya. Ternyata ianya suatu pengalaman yang tidak ternilai dan tidak dapat diulang semula lebih – lebih lagi apabila ianya persembahan terakhir sebelum Mr. Big berundur diri dari persada muzik dunia.

Untuk info sejak ditubuhkan, Mr Big sudah menghasilkan sembilan album studio. Tiga album terawal iaitu Mr Big pada 1989, Lean Into It (1991) dan Bump Ahead (1993) memiliki paling banyak lagu popular mereka sekali gus meletakkan Mr Big di puncak populariti.

Selain tiga album ini, Mr Big turut tampil dengan album Hey Man pada 1996, Get Over It (1999), Actual Size (2001), What If.(2011) dan .The Stories We Could Tell (2014).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat