Najib Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terkejut dan kecewa itu reaksi Datuk Seri Najib Razak selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, permohonan beliau untuk memasukan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini sememangnya mempunyai konflik kepentingan cukup besar.

“Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan Mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.

“Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM,” katanya di lobi Mahkamah Persekutuan di Putrajaya lapor media pada Selasa.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk memasukan bukti tambahan berkaitan Mohd Nazlan menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Mohd Nazlan ialaj hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Mahkamah turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik.

Dalam pada itu, Najib masih bersemangat untuk terus melawan semua dakwaan itu walaupun semua permohonan beliau ditolak.

“Saya berakhir pada akhir prosiding rayuan saya kelak, kebenaran itu akan terbukti juga,” kata beliau yakin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat