KUALA LUMPUR – Adakah Isnin, 16 Ogos akan menjadi penamat siri kemelut politik negara?
Hari ini tiga lokasi utama menjadi tumpuan media iaitu Pejabat Perdana Menteri (PMO), Istana Negara dan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini berkaitan kedudukannya selaku Perdana Menteri.
Pengumuman itu akan dibuat selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum itu beliau akan terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.
Petugas media mula berkumpul di pekarangan Istana Negara seawal jam 8 pagi bagi menanti kehadiran Muhyiddin yang dijangka mempersembahkan surat peletakkan jawatannya.
Semalam pada Ahad Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Redzuan berkata, dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli parlimen Bersatu semalam.