Tok Mat bukan pemimpin alternatif untuk Umno kembali bangkit – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bukanlah pemimpin alternatif yang dilihat sebagai figura yang mampu mengembalikan kegemilangan Umno atau membawa suara kontra.

Sebaliknya pada akhirnya Mohamad akan kembali mengikut telunjuk Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan, suara-suara kontra yang terbit ketika mesyuarat akar umbi Umno ketika ini hanyalah seni dalaman Umno yang tidak akan membawa sebarang perubahan kepada parti, ia disifatkan sekadar bunyi bising.

“Tidak, Mat Hasan bukan pemimpin alternatif untuk Umno kembali bangkit.

“Kalau alternatif leader dia dah lama step up, dan banyak peluang yang dia dah lepas, itu hak masing-masing kalau dia nak kekal Timbalan Presiden teruskan, kita bukan lagi parti yang kita ada apa-apa pengaruh pun.

“Cuma ia hanya seni dalaman Umno untuk membiarkan ada sinar harapan bahawa ada individu tertentu yang mewakili suara kontra tapi akhirnya tak akan berubah.

“Ke mana kapal layar pergi adalah apa yang ditetapkan oleh Presiden, Zahid Hamidi,” dakwa Shahril dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Mengulas berkenaan kenyataan Zahid bahawa Umno akan bersama PH dalam PRU-16.

Shahril berkata, kekuatan Zahid ialah dia pandai menggunakan masa yang sesuai dengan bahasa yang dikelabukan.

“Jadi kalau dia rasa bahawa akar umbi Umno belum sedia untuk yes PH, yes Anwar, yes DAP dia boleh gunakan bahasa mungkin kita sokong satu lawan satu dan kita tak akan bersama dengan parti yang menggantikan kita.

“Kemudian lepas pilihan raya barulah kita biarkan hak untuk menentukan post election coalition.

“Natijahnya sama, tapi bahasa lebih lembut dan membolehkan orang yang kontra ini rasa okey aku masih ada lagi suara dan pengaruh dalam parti.

“Tapi buat kali ketiga “what Zahid wants Zahid get”, bidas Shahril.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tidak mustahil Umno yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.

Mohamad berkata, langkah tersebut boleh dilakukan selepas parti keramat orang Melayu itu kembali kuat dan berpengaruh.

“Kalau kita dah kuat pada ketika itu, kenapa tidak? Tidak ada masalah, nilai diri kita pada ketika itu, bukan sekarang, sekarang adalah proses memperkuatkan dan memperkukuhkan parti terlebih dahulu,” katanya.

Manakala Umno Bahagian Kluang pula berkata, kerjasama bersama DAP merugikan dan hanya menjadi duri dalam daging.

Umno Bahagian Tenggara pula mengusulkan supaya pucuk pimpinan mengkaji semula hubungan bersama DAP-PH dalam Kerajaan Perpaduan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat