Johari sudah khilaf, 6 MP Bersatu jelas lompat parti – Art Harun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul didakwa sudah terkhilaf mengenai keputusan tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas wakil rakyat Bersatu memadangkan keadaan ‘lompat parti’ sangat jelas dalam situasi berkenaan, kata Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Azhar atau lebih dikenali sebagai Art Harun berkata demikian sebagai bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tan Sri Johari khilaf. Sebab dia bukan datang dari latar belakang peguam.

“Sama ada ini satu keputusan politik dan bukan perundangan, saya serahkan kepada rakyat untuk mengadilinya,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Sebagai pengamal undang-undang, Azhar menjelaskan lompat parti ada empat keadaan.

“Iaitu satu apabila seseorang ahli Parlimen itu menang semasa dia menjadi ahli sebuah parti politik dia resign daripada parti politik itu, itu kira lompat.

“Keadaan kedua, kalau dia terhenti menjadi ahli parti politik itu, itupun lompat (ini keadaan kita sekarang).

“Situasi ketiga, kalau dia bebas dia sertai parti itupun kira lompat, tak boleh.

“Keempat iaitu pengecualian, kalau dia dipecat dari parti tersebut dia bukan lompat. Dan maksud terhenti apabila tak dengar arahan parti, itu terhenti,” jelas beliau.

Tambah Azhar, umum maklum Bersatu pinda lambat perlembagaan parti mereka, jadi 6 orang ini anggap pindaan itu tidak terpakai ke atas mereka apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagaimanapun, kerana kesalahan mereka itu berterusan maka, pindaan itu kena ikut arahan yang ditetapkan oleh majlis tertinggi
meski lambat ia terpakai.

“Sangat jelas.

“Dalam pertikaian yang menyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) menentukan. Menggunakan istilah ‘shall established’.

“Pendek cerita dia (Speaker) hanya administratif saja malah salah sorang daripada anggota jawatankuasa pilihan khas itu dipetik sebagai berkata it’s just a housekeeping.

“Maksudnya bila Speaker terima notis itu daripada mana-mana ahli Parlimen mengatakan satu kerusi dah kosong
bila dia terima dia perlu pastikan betul atau tidak so kat sini dia terima notis mereka ini dah terhenti menjadi ahli maka dia boleh tanya bawah peruntukan mana Perlembagaan.

“Oket setiausaha Agung betul kamu kata mereka dah terhenti? itu saja. Just house keeping.

“Bagi saya administratif kerja dia terima dan pastikan saja verify,” kata Art.

Sebelum ini Johari pernah menegaskan bahawa Speaker bukan posmen yakni beliau wajar pastikan sama ada wujud atau tidak kekosongan luar jangka.

“Dia (Johari( bukan posmen tu saya setuju.

“Maksudnya terima notis belah kiri, belah kanan bagi kat SPR.

“Tapi setakat mana dia perlu pergi untuk established itu, bagi saya saya terima notis saya akan contact setiausaha agunglah betulkah mereka sudah terlucut? kenapa?

“Kalau kata tak dengar arahan? okay panggil 6 orang tu tanya betulka mereka langgar arahan parti? mengaku okey.

“Speaker bukan mahkamah, saya tak ada niat untuk bagi speaker jadi mahkamah pun.

“Sebenarnya, dalam Perlembagaan tak pernah kata ada kebebasan bersuara atau hak mengundi kepada mana-mana MP, tak ada secara tersurat tak ada.

“Yang ada cuma secara tersirat iaitu Agong hendaklah melantik seorang yang pada fikiran baginda mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat sebagai Perdana Menteri. Tersirat daripada tafsiran tu ahli-ahli Dewan Rakyat mempunyai kebebasan untuk melafazkan kepercayaan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk jadi Perdana Menteri,” jelasnya.

Azhar menegaskan bahawa situasi ‘free vote’ ini tidak ada dan kenyataan kata ini bercanggah dengan Perlembagaan dan ia tidak betul.

“Apa jadi sekarang? di Kelantan satu cara, di Parlimen satu cara dan Selangor lagi.

“Akta Anti Lompat Parti wajar wujud tapi bukan dalam bentuk yang kita ada sekarang.

“Kita tak boleh gubal undang-undang guna Perlembagaan,” tegas Azhar.

Beliau malah menyatakan semakan mahkamah boleh dikemukakan oleh parti dan dalam kes ini ialah Bersatu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat