23 GRO Antara 49 Ditahan Dalam Serbuan Polis Di Dua Pusat Hiburan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan 49 orang termasuk 23 gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua pusat hiburan di sekitar Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, susulan maklumat awam mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah dan penggunaan warga asing sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.

Polis Kuala Lumpur melalui dalam Facebook rasmi memaklumkan, selain 23 GRO, turut ditahan 21 yang lain kerana positif dadah, tiga pekerja warga asing dan dua penjaga premis.

“Selain tangkapan membabitkan usia antara 20 hingga 50 tahun, polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan di dalam premis seperti pembesar suara dan mikrofon.

“Hasil siasatan mendapati semua 21 pengunjung yang positif dadah mendapatkan bekalan bahan terlarang itu dari luar sebelum datang berhibur.

“Bagi 23 GRO warga asing pula, semakan mendapati mereka datang ke Malaysia dalam tempoh antara seminggu hingga sebulan lalu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Sek 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat