PUTRAJAYA – Malaysia akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Thailand bagi mendapatkan kepastian mengenai ura-ura negara itu akan menyekat penghantaran vaksin AstraZeneca (AZN.L) yang dikilangkan di negara tersebut.
Menurut Pengerusi Bersama Jawatankuasa Imunisasi Kebangsaan berkenaan Covid-19, Khairy Jamaluddin, Malaysia akan mempertimbangkan penambahan tempahan vaksin Sinovac sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.
Dua hari lepas, Thailand yang teruk dilanda wabak Covid-19 mengumumkan kemungkinan mengehadkan jumlah vaksin AZ dari dieksport keluar dari negara tersebut. AstraZeneca memberi hak pengilangan dan penghantaran tempahan di Asia Tenggara kepada Siam Bioscience Co Ltd yang berpangkalan di Thailand.
Sebarang sekatan dari Thailand akan menjejaskan usaha vaksinasi Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia, yang juga mendapat bekalan yang sama setelah bekalan sebelum terganggu akibat sekatan oleh India.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memberitahu Malaysia juga akan mempertimbangkan pembelian vaksin Sinopharm yang baru diluluskan jika keadaan memerlukan.
Sinopharm diluluskan hari atas permohonan syarikat Duopharma Sdn Bhd untuk kegunaan pihak swasta.
Khairy turut memaklumkan kerajaan sedang menunggu tarikh sebenar penghantaran vaksin CanSino. Pengeluar CanSino menjanjikan penghantaran bulan Ogos ini.-SuaraTV