Warga Asing Rogol Pekerja Genting Diberkas

- Advertisement -

KUANTAN – Polis Bentong berjaya memberkas seorang lelaki warga asing kerana dipercayai merogol seorang wanita yang bekerja di Genting Highlands, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan kira-kira empat jam selepas menerima laporan dibuat mangsa.

“Mangsa adalah wanita warga tempatan berusia 20 tahun dan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jam 9 pagi, Isnin lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirogol suspek sekitar jam 5.20 pagi Isnin ketika sedang berjalan menuju ke bilik sewa rakannya di sebuah hotel di Genting Highlands.

“Suspek dikatakan memanggil mangsa dan berpura-pura bertanyakan perkhidmatan ditawarkan hotel itu sebelum menarik mangsa ke dalam biliknya dan merogol mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Zaiham berkata, bertindak atas maklumat mengenai kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Bentong berjaya mengesan dan menahan suspek berhampiran hotel terbabit, kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Katanya, suspek adalah seorang pelancong asing dan kini ditahan reman hingga 19 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun atau tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan,” katanya. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat