Puteri Sarah anggap hubungan baik ibu, bapa mentua tak berubah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Sarah tahu, mama dan papa sedih.” Demikian tulis pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story yang memaparkan tangkap layar perbualannya dengan bekas ibu mentua, Datin Patimah Ismail.

Dalam hantaran itu, Puteri Sarah menegaskan bahawa hubungan baik antara dia dan Patimah serta suami, Datuk Yusof Haslam tidak akan pernah berubah.

“Walau apa pun berlaku, mama dan papa tetap mama dan papa buat Sarah. Takkan berubah. Saya akan sayang kalian berdua hingga ke penghujungnya,” tulisnya.

Dalam perbualan itu, Patimah turut berbicara perkara sama kepada Puteri Sarah.

“Papa kata, tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga Mama. Kami tetap sama seperti dulu,” tulis Patimah.

Semalam, Sarah secara rasmi diceraikan dengan talak satu buat kali kedua oleh bekas suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat