Musolla Di Malakat Mall Tidak Dapat Kelulusan Solat Jumaat –

- Advertisement -

CYBERJAYA – Musolla atau surau di ruang tingkat atas pusat beli belah Malakat Mall di Cyberjaya tidak mendapat kelulusan untuk solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam kenyataannya memaklumkan, sebarang pelaksanaan solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 97(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS 2003).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai diminta untuk mendirikan solat Jumaat di tempat yang ditetapkan iaitu Masjid Raja Haji Fisabilillah dan Masjid Cyberjaya 10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat