MRT Laluan Putrajaya Diharap Mampu Atasi Kesesakan ‘Hantui’ KL – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya yang dijangka
mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang, diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub.

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer ini katanya, mempunyai 36 buah stesen terdiri daripada 27 buah stesen bertingkat dan sembilan buah stesen bawah tanah. Jumlah keseluruhan bagi pembinaan jajaran ini adalah sebanyak RM30.53 bilion.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sebentar tadi.

MRT Laluan Fasa Satu in jelas beliau, melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya.

“Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX)”, tambahnya lagi.

Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Laluan MRT Putrajaya in adalah yang kedua sejak Laluan MRT Kajang-Sg Buloh dibuka 5 tahun yang dulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat