Menteri Agama Jamin Jaga Kemuliaan Islam Termasuk Kalimah Allah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dan kalimah suci lain dalam Islam.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jabatan itu yakin KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jabatan ini mengambil maklum pendirian KDN dalam menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari lalu yang menzahirkan agar mengekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, jabatan itu akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk isu kalimah ALLAH.

“Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu ini kerana ia berkaitan isu teknikal perundangan dan mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat