HONOR dedah teknologi di sebalik pembangunan HONOR Magic5 Pro

- Advertisement -

HONOR mempamerkan lebih banyak Inovasi Berpusatkan Manusia untuk konsumer seluruh dunia 

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – HONOR telah berkongsi rakaman di sebalik tadbir pembangunan HONOR Magic5 Pro membabitkan reka bentuk, paparan, fotografi dan prestasi yang menjadikan peranti ini pilihan pengguna di seluruh dunia. Selain itu, HONOR turut mendedahkan pembangunan dan penyelidikan serta fasiliti, menunjukan kepentingan inovasi berpusatkan manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao berkata, jenama tersebut bangga mampu membangunkan peranti perintis dan berazam untuk terus mengeluarkan produk baharu dan berinovasi kepada konsumer.

HONOR Magic5 Pro – Magic di sebalik Sistem Kamera Falcon Revolusi

Memperkenalkan algoritma Millisecond Falcon Capture, sistem kamera baharu yang mempopularkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar dengan kelajuan kamera terpantas di pasaran. Keunikan HONOR dalam membangunkan makmal penyelidikan kamera untuk menjalankan analisis kuantitatif dan kualitatif telah membantu dalam pertumbuhan Al algoritma. Kepantasan autofokus telah meningkat sebanyak 245%, tahap kelajuan kini lebih pantas berbanding generasi sebelumnya dalam kepupayaan menangkap imej.


Pengujian prestasi HONOR Magic5 Pro terhadap getaran simulasi

HONOR bersama Qualcomm Technologies telah menggunakan sepenuhnya Enjin AI Qualcomm®, menyebabkan peningkatan besar terhadap interval cache lebih enam kali. Memiliki rangkaian AI dengan lebih 270,000 imej di dalam pangkalan data, kamera HONOR Magic5 Pro memudahkan pengguna merakam momen magic mereka dengan pantas. Kejayaan ciri canggih ini adalah hasil daripada tempoh 18 bulan yang dihabiskan untuk membina semula Enjin Imej HONOR menggunakan seni bina, kod sumber dan algoritma baharu bagi memanfaatkan sepenuhnya kuasa pemprosesan platform mudah alih Snapdragon®.

Komitmen panjang terhadap inovasi penjagaan mata

HONOR Magic5 Pro didatangi dengan Paparan Malam Sirkadia baharu dan merupakan telefon pintar pertama untuk menerima Pensijilan Mesra Sirkadia TÜV Rheinland. Berdasarkan ujian makmal HONOR, ciri ini boleh meningkatkan rembesan melatonin sebanyak 20% dalam tempoh tiga jam, seterusnya membantu pengguna tidur dengan lebih baik.

HONOR mempunyai komitmen panjang terhadap inovasi penjagaan yang berpusatkan manusia sejak memulakan penyelidikan penjagaan mata pada 2016. Data dari lebih 10,000 pengguna telah dikumpul untuk menjayakan teknologi pemalapan paparan optimum yang membawa kepada penghasilan ciri Pemalapan Dinamik HONOR. Ciri ini sangat berkesan dalam mengurangkan keletihan mata sebanyak 18% selepas menggunakan peranti selama 45 minit.


Petugas makmal menguji teknologi Paparan Malam Sirkadia pada HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs.

“Mengawal pendedahan terhadap cahaya biru adalah sangat penting bagi kualiti tidur dan kesihatan, terutamanya apabila jumlah waktu skrin menambah pada lewat hari,” kata Profesor Neurosains Institut Oftalmologi, Fakulti Sains Otak UCL, Dr Glen Jeffrey. Menurutnya, mengubah suai skrin untuk mengurangkan gangguan adalah kritikal dan pembangunan Paparan Malam Sirkadia serta ciri pemalapan dinamik HONOR merupakan langkah penting ke arah penjagaan kesihatan.

Mematuhi piawaian tertinggi global terhadap kualiti produk

HONOR telah melaburkan lebih $20 juta dalam peralatan menguji kualiti di Pusat Pematuhan dan Ujian Global miliknya bagi memastikan peranti yang dihasilkan berkualiti tinggi dalam setiap proses pembuatan. Lebih 200 pensijilan piawaian ujian telah disahkan menerusi ujian in-house, menjadikan HONOR antara jenama yang mematuhi piawaian tertinggi global terhadap kualiti produk. Selain itu, OTA Anechoic Chamber HONOR menyediakan persekitaran makmal yang dikawal sempurna untuk menguji komunikasi mudah alih yang mana penilaian SAR untuk pengeluaran besar-besaran telah berjaya diturunkan sebanya 35%. Penurunan ini memenuhi keperluan syarat pematuhan dan merupakan satu-satunya peranti OEM yang memiliki pensijilan SAR Smart-Transmit Qualcomm.


OTA Anechoic Chamber di Pusat Pematuhan dan Ujian Global HONOR.

Berdasarkan piawaian jenama sendiri, HONOR telah menjalankan 260 ujian ke atas ribuan komponen berbeza telefon pintar bagi memastikan produknya mematuhi piawaian global yang paling ketat. HONOR memandang berat terhadap setiap butiran agar HONOR Magic5 Pro dapat bertahan lama dan menjadi peranti yang boleh dipercayai.

HONOR Magic5 Pro – Dark Horse Flagship

HONOR Magic5 Pro yang dinobatkan sebagai Peranti Terbaik di MWC 2023 ditawarkan pada harga RM4,299 dan boleh didapati dalam dua warna pilihan menarik Meadow Green dan Classic Black.

HONOR Magic5 – Flagship yang paling berbaloiManakala HONOR Magic5, peranti HONOR yang paling berbaloi dijual pada harga RM 3,499 dalam dua warna pilihan Glacier Blue dan Classic Black.

HONOR Magic Vs – Telefon boleh lipat elit baharuHONOR Magic Vs, telefon boleh lipat baharu pertama HONOR yang memasuki pasaran global kini di Malaysia pada harga RM5,999. Peranti ini didatangi dalam warna Cyan dan Classic Black.

Miliki Siri HONOR Magic dengan pelan ansuran Ingin beli Siri HONOR Magic tetapi wang tidak mencukupi? HONOR kini menawarkan pelan ansuran 0% bermula dari RM4.80 sehari dengan 0% faedah dan yuran proses sehingga 24 bulan. Untuk maklumat lanjut tentang pelan ansuran, sila layari: https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship .

Menangi ganjaran tiga kali ganda dengan Enrich apabila beli Siri HONOR Magic

Beli HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro atau HONOR Magic Vs dan menangi 7,000 mata ganjaran Enrich! Tebus mata ganjaran tersebut untuk akses masuk ke ruang istirehat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau tiket penerbangan domestik. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 31 Mei 2023 dan maklumat lanjut boleh didapati di https://bit.ly/HONORXEnrich

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat