Amaran Cuaca Panas Tahap Satu Di Lapan Kawasan Di Semenanjung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di lapan kawasan Semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Isnin hingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Padang Terap di Kedah; Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan.

Cuaca panas tahap satu turut direkodkan bagi Pekan, Bera dan Rompin di Pahang selain Segamat dan Muar di Johor.

MetMalaysia berkata, tiada kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada tahap satu selama tiga hari itu.

Agensi itu memaklumkan, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat