Bangkit Dan Perkukuh Penyatuan Islam, Dukung Perjuangan Palestin – Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara-negara Islam diseru untuk terus kuat dan bersatu hati dalam memperjuangkan nasib Palestin.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebangkitan di Jordan, Lubnan, Syria, Mesir, dan beberapa lagi negara Islam lain, mampu memperkukuhkan kesatuan Islam dalam membentuk kuasa besar yang tidak tunduk kepada Barat.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj berani menjemput Syeikh Mohammed Amin al-Hussaini, Mufti Palestin dan pemimpin gerakan Palestin dari awal yang diharamkan oleh negara-negara Barat daripada mendapat visa untuk melawat seluruh dunia kerana tidak mendukung Berikat yang mempunyai Zionis dalamnya ketika Perang Dunia Kedua.

“Tindakan Syeikh Amin al-Hussaini yang tidak mendukung Berikat menyebabkan beliau sudah disekat pergerakannya.

“Namun, ketika Musabaqah al-Quran yang pertama pada tahun 1960, Almarhum Syeikh Amin al-Hussaini dijemput oleh Kerajaan Malaysia untuk datang ke Malaysia dan berucap dalam Musabaqah al-Quran yang pertama itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Ini merupakan pengiktirafan beliau terhadap perjuangan Palestin. Pada masa itu, belum ada lagi Fatah, Hamas, Tanzim Jihad, dan Palestine Liberation Organization (PLO).

“Hari ini, tumbuhnya gerakan-gerakan Palestin yang bercambah dengan banyak di Palestin. Semua gerakan ini menentang Israel. Mereka berpecah dari segi pendekatan dengan sebab pengaruh politik di sekeliling mereka. Tetapi dengan peristiwa hari ini, mereka bersatu.

“Kita harap kerajaan Islam termasuk Malaysia bangkit dengan proaktif menyokong perjuangan Palestin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran kempen Aid4Palestine yang diadakan secara maya, pada Sabtu.

Sementara itu, Nadir Al Nuri, Duta Khas Aid4Palestine di Gaza menyifatkan sudah sampai masanya Malaysia mengambil inisiatif lebih besar bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin dapat disematkan dalam hati umat Islam.

“Kita mulakan dengan usaha kumpul sumbangan, tetapi akhirnya kita kena pergi lebih jauh. Kita kena pastikan isu Palestin masuk dalam hati anak-anak kita, roh perjuangan Palestin menjadi sebahagian nafas kita.

“Sebagaimana Khalifah Al Mu’tasim mendengar seruan seorang wanita yang minta dibebaskan dari penjaran Rom, kita juga, baik di Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana sahaja, mendengar seruan saudara-saudara kita di Palestin, dankita sepatutnya mampu menunaikan permintaan mereka,” tegasnya.

Kempen Aid4Palestine yang dimulakan atas inisiatif Abdul Hadi, turut disertai 92 badan bukan kerajaan, antaranya Yayasan Amal Malaysia, Cakna Palestin dan Muslim Care Malaysia.

“Kempen #Aid4Palestine menyeru dan mengajak seluruh umat Islam di Malaysia, negara-negara Islam dan masyarakat antabangsa untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan mengambil tindakan politik yang lebih keras dengan pemencilan terhadap negara haram Israel yang melampaui batas undang-undang dan kemanusiaan,” kata Pengerusi Aid4Palestine, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mereka yang mahu menyalurkan bantuan secara crowd funding boleh mendapatkan maklumat di akaun Facebook rasmi Aid4Palestin.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat