Sanusi Angkat Sumpah MB Kedah Yang Baharu Esok Petang Kata Sumber

- Advertisement -

Alor Setar – Ahli Dewan Undangan Jeneri, Hj Muhammad Sanusi Md Nor yang mewakili parti Pas dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 bagi mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir esok.

Menurut sumber yang rapat dengan parti itu, majlis angkat sumpah bakal diadakan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit pada jam 3.00 petang.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan satu majlis angkat sumpah akan diadakan esok petang setelah DYMM Sultan Kedah berpuas hati dengan majoriti kerusi yang diperolehi oleh Pakatan Nasional (PN).

“Insyallah ADUN Jeneri daripada Pas akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru dan saya difahamkan Mukhriz akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan perletakan jawatan sebagai MB pada jam 10 pagi,” katanya yang dihubungi, sebentar tadi.

Sumber tersebut turut memaklumkan pemilihan Sanusi diputuskan pimpinan PN membabitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita sepakat dan sebulat suara mencalonkan Sanusi seperti diputuskan di peringkat Pusat,” jelasnya lagi.

Selasa lalu, dua ADUN PKR, Azman dan Dr Robert Ling mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas serta menyatakan sokongan kepada PN.

Mereka turut mengumumkan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

PN Kedah seterusnya mengumumkan pembentukan kerajaan negeri yang baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Bersatu.

Sanusi pada ketika ini menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Semalam seramai 19 ADUN Kedah daripada PN termasuk dua ADUN Bebas, Azman Nasruddin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), selain empat ADUN Bersatu telah selesai menghadap Sultan Kedah pada sebelah pagi.

Seterusnya pada sebelah petang Mukhriz dan para penyokongnya pula di panggil mengadap Baginda di Wisma Darul Aman berikutan krisis politik membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Mukriz meletakkan jawatan setelah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat