Hari Guru: Zahid & Najib Berkongsi Penghargaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Guru pada hari ini, Pengerusi BN dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, masing-masing menyampaikan penghargaan mereka kepada golongan pendidik tersebut.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran penghargaan beliau di laman Facebooknya berkata, “Kredibiliti warga pendidik dalam normal baharu pasti akan terus dimartabatkan sesuai dengan tema tahun ini “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru”.

Tema itu kata Zahid menyentuh peranan besar guru dalam memperkasakan bidang keilmuan seiring dengan profesionalisme para guru untuk membina generasi baharu negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisannya di medium yang sama pula, menyifatkan dedikasi dan kesabaran para guru amat tinggi.

Menurut beliau, tanpa golongan guru yang mengajar menulis membaca dan mengira, siapalah kita semua, tidak kisahlah apa pun latar belakang pekerjaan kita.

Kata beliau, “Bukan senang nak kawal satu kelas dengan puluhan murid apatah lagi ada yang nakal nakal”.

Guru juga katanya, sentiasa mengambil inisiatif sendiri dalam mendidik pelajar seperti bahan latihan, nota tambahan untuk mengajar, semak kerja rumah dan sebagainya.

Malah dalam saat negara berhadapan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) inipun, ada guru yang tetap meneruskan latihan dan pengajaran untuk murid-murid dengan menggunakan media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat