Dr Luqman Dilantik Mufti Baharu Wilayah Persekutuan

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...

KUALA LUMPUR: Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke-lapan yang baharu.

Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menerima kunjungan Dr Luqman selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pagi ini.

Menurut Dr Zulkifli, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, majlis serah terima tugas antara beliau dan Dr Luqman berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan kekuatan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

“Saya amat yakin, Sahibus Samahah Dr Luqman mampu untuk memimpin institusi fatwa di Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan. ⁣ Sekalung tahniah saya ucapkan. Kepada Sahibus Samahah Dr, siru ‘ala barakatillah,” katanya.

Zulkifli turut memohon kemaafan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan andai terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang tempoh enam tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.

“Enam ⁣tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan memberi saya pengalaman baharu yang amat bermakna.

“Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang enam tahun sebelum ini,” katanya.

Berlaku kekosongan jawatan Mufti Wilayah Persekutuan selepas Dr Zulkifli dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejak 9 Mac lepas.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan