Reformasi tutup mulut rakyat dilabel reformasi ‘liau-liau’ – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melabel reformasi tutup mulut rakyat sebagai reformasi ‘liau-liau’.

Dalam catatan terbarunya bekas Perdana Menteri itu mendakwa rakyat kini takut kepada kerajaan.

“Ramai yang mendakwa mereka takut. Saya tanya takut apa? Takut kerajaan! Kenapa takut kerajaan, kerana tidak boleh silap sikit akan disoal oleh polis.

“Sekarang nak tukar cara hakim dipilih dan sudah tukar pentadbiran dewan-dewan.

“Reformasi tutup mulut rakyat itulah re-4-ma-si Liau-Liau,” dakwa beliau.

Dr Mahathir berkata sekarang tidak boleh cakap 3R (agama, kaum, raja) tetapi masalah yang timbul ialah yang berkaitan dengan 3R.

“(Sedangkan) mereka Melayu tapi tidak boleh cakap pasal Melayu.

“Mereka beragama Islam tapi tidak boleh cakap pasal Islam.

“Mereka nak rujuk kepada raja tapi jangan cakap pasal raja.

“Jangan cakap berkenaan (titah) Addendum. Jangan tiup whistle. Awak akan disiasat. Jangan politikan itu dan ini,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyatakan wakil rakyat pun tidak boleh cakap dalam dewan.

“Cakap. Kena gantung tak bertali. Sebab itu mereka takut, bukan sahaja akan disoal oleh polis bahkan boleh masuk dalam tahanan pun.

“Bukan sehari dua, tetapi berbulan.Undang-undang kata kalau salah dakwa di mahkamah

“Tetapi tak perlu. Reman sahaja. Atau salah guna undang-undang.

“Masuk dalam tahanan tidak beza dari hukum penjara. Mahkamah tak perlu.

“Sebaliknya ada yang sedang dibicara dalam mahkamah tetapi stop, bukan sahaja itu malah jadi menteri pula,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat