“MATTA Fair 2025” Resorts World Genting tawar Promosi paling gempak tahun Ini

- Advertisement -

Cyberjaya, – MATTA Fair kembali lagi dan kali ini lebih hebat dari sebelumnya! Antara tarikan utama tahun ini pastinya Resorts World Genting (RWG) yang meraikan ulang tahun ke-60 dengan promosi luar biasa dan tawaran eksklusif hanya di reruai mereka di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Bermula dari 18 hingga 20 April 2025, para pengunjung boleh singgah di reruai Resorts World Tours (1L01–1L12) untuk menikmati diskaun sehingga 88% bagi penginapan hotel terpilih, tiket taman tema potongan 66%, dan pelbagai tawaran hebat yang tak mungkin ditemui di tempat lain.

MATTA Fair sememangnya dikenali sebagai medan pemburu tawaran percutian, dan RWG menambah keterujaan tahun ini dengan harga istimewa penginapan hanya RM59 di Hotel First World serta promosi waktu terhad RM60 untuk bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana.

Lebih menarik, pengunjung yang berbelanja semasa pameran juga berpeluang memenangi hadiah menerusi Interactive 60th Anniversary Wall, dan menerima Set Hadiah Eksklusif RWG dengan pembelian terpilih.

MATTA Fair 2025 juga menjadi platform untuk RWG menampilkan rakan pelancongan mereka seperti Resorts World Cruises dan Malaysia Airlines. Pengunjung boleh menempah pelayaran dari RM375, atau dapatkan tambang penerbangan serendah RM21 ke destinasi tempatan.

Dengan pelbagai tawaran eksklusif dan ganjaran menarik, RWG jelas menjadi antara reruai paling ‘wajib dikunjungi’ dalam MATTA Fair kali ini.

Jangan lepaskan peluang! Dapatkan percutian impian anda dengan bajet yang berbaloi, hanya di MATTA Fair 2025.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat