HeiTech Padu dapat kontrak RM190.01 juta untuk tempoh 3 tahun – MOT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan pemberian kontrak MySikap berjumlah RM190.01 juta kepada HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) yang didakwa tinggi, adalah untuk tempoh tiga tahun.

Menterinya, Anthony Loke, berkata, nilai tinggi disebabkan kos penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh kontrak.

“Ia babitkan kontrak penyelenggaraan untuk tiga tahun bagi perisian dan pekakasan kesan (hardware) termasuk pelayan MySikap di Pusat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya kepada media selepas melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), EVlution bersama MasterCard dan RHB Bank, lapor BH.

Semalam, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan teknologi itu berkata, tender berkenaan adalah bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySikap di semua pejabat JPJ.

Sementara itu, Loke memaklumkan bahawa cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk EV akan dikenakan pada kadar lebih rendah selepas inisiatif untuk kenderaan alaf baharu itu berakhir hujung tahun ini.

Katanya, MOT akan mengumumkan mengenai kadar cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV) selewat-lewatnya akhir bulan ini atau awal bulan depan.

“Saya dah kata (umum) dalam April atau awal Mei,” katanya.

Sebelum ini, Anthony Loke dilaporkan berkata struktur cukai jalan atau LKM untuk EV yang lebih kompetitif akan diumumkan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.

Katanya, struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Dalam pada itu, Anthony Loke menjelaskan, pihaknya turut mengalu-alukan pihak swasta membina stesen pengecas EV untuk pengguna kereta di negara ini.

“Ini selaras harapan kerajaan bagi sasaran 10,000 stesen pengecas EV beroperasi di negara ini menjelang 2025.

“Sudah tentu ini memerlukan pelaburan daripada pihak swasta untuk stesen pengecas EV ditempatkan lokasi strategik di kawasan lebuh raya, tempat orang ramai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat