Chegu Bard, Salim Iskandar, Papagomo dipanggil untuk rakam percakapan – SKMM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham bin Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim bin Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.

Menurut kenyataan media SKMM, rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

”Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata SKMM, pada Selasa.

SKMM menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat