Kursus Bimbingan Perniagaan MyKasih Bantu Wanita, Ibu Tunggal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sehingga kini seramai 4,130 peserta telah menyertai Kursus Bimbingan Perniagaan Bagi Program MyKasih Kapiral, yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Wanita Bangkit@KWPKM, sejak Datuk Seri Nancy Shukri menjadi Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Terbaru, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu golongan wanita terutamanya yang hilang punca pendapatan, pencari nafkah utama dan ibu tunggal itu turut menarik penyertaan 300 lagi peserta wanita dalam programnya di Lahad Datu, Sabah yang dirasmikan Datuk Seri Nancy Shukri.

“Objektif Kementerian menerusi inisiatif MyKasih Kapital adalah untuk memperkasa ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita yang memerlukan bantuan segera kewangan untuk memulakan perniagaan melalui bantuan MyKasih Kapital.

“Pendekatan ini adalah untuk mengoptimumkan potensi individu berdasarkan kemahiran agar dapat menjana pendapatan melalui perniagaan yang mereka ceburi.

“Kursus bimbingan yang diberikan adalah persediaan asas bagi golongan wanita untuk mempersiapkan diri menceburi bidang keusahawanan dan memulakan perniagaan e-dagang, dropship dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim keusahawanan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” kata Nancy Shukri menerusi kenyataan media Unit Komunikasi Korporat KPWKM hari ini.

Menurutnya lagi, aspek bimbingan dan kaunseling iaitu psychoeducation menjadi fokus utama Program Wanita Bangkit@KPWKM bagi tahun 2023 yang mana wanita-wanita yang ingin dibantu akan diberi perkongsian untuk memantapkan diri dengan mengenali potensi diri oleh Kaunselor Berdaftar Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

“Melalui perkongsian potensi diri para peserta dapat meningkatkan jati diri wanita dan memberi kesedaran serta penerokaan ilmu baharu melalui sokongan emosi yang mampu membangkitkan daya tahan untuk memulakan kehidupan yang baharu akibat hilang punca pendapatan kesan Pandemik Covid-19, penceraian, penderaan dari segi fizikal atau emosi dan peningkatan kos sara hidup.

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai Rakan Strategik YKN memberikan taklimat mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Perkejaan Sendiri (SKPS) kepada para peserta.

“Kedua-dua skim perkhidmatan ini memberi perlindungan kepada ahli sekiranya terjadi bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga di samping menjana pendapatan keluarga,” katanya.

Setakat hari ini, Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM telah membimbing dan membangunkan seramai 18,900 wanita seluruh negara melalui kursus-kursus keusahawanan dan bimbingan permulaan perniagaan dengan kolaborasi strategik pelbagai jabatan, agensi dan syarikat korporat.

“Kementerian komited untuk terus memartabatkan golongan wanita dalam aspek sosio-ekonomi.

“Kerajaan yakin dengan adanya inisiatif ini, golongan yang terjejas khususnya wanita dapat dibantu untuk meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan juga negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat