Bumbung Sekolah Di Perlis Tercabut Diterbangkan Ribut

- Advertisement -

KANGARK – Keseluruhan bumbung blok utama Sekolah Kebangsaan Ujong Batu, Jalan Mengkuang Layar, di sini tercabut diterbangkan angin dalam ribut, hari ini.

Kejadian jam 2.50 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa kerana kejadian berlaku ketika murid dan guru sedang bercuti hujung minggu.

Ribut yang melanda turut mengakibatkan 19 rumah sekitar Kangar dan Arau turut rosak dan terjejas.

Tinjauan di sekolah berkenaan mendapati kerja mengalihkan serpihan bumbung sedang dijalankan oleh pekerja am sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman, berkata, ribut bersama hujan lebat di kawasan sekolah menyebabkan bumbung di bangunan dua tingkat terbang dan bertaburan di kawasan sekolah dan kejiranan berhampiran.

“Langkah kecemasan yang diambil selepas berbincang dengan pihak sekolah ialah memberi cuti pada 17 dan 18 April atas aspek keselamatan dan bilik darjah terkesan.

“Cuti awal itu kemudian diikuti dengan cuti sekolah sempena perayaan Aidilfitri dan kerja pembaikan dan pembersihan akan dilaksanakan pada tempoh itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sekiranya keadaan bumbung di bangunan sekolah itu belum dapat dibaiki sepenuhnya apabila sesi persekolahan dibuka, pihaknya sudah mengarahkan pentadbiran sekolah menggunakan kelas khas untuk sementara waktu, bagi meneruskan pembelajaran.

Sementara itu, Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis dalam kenyataan berkata, sebanyak 23 kes kerosakan dilaporkan sehingga jam 6 petang tadi membabitkan kediaman, bangunan sekolah, premis perniagaan dan gerai penjaja di bazar Ramadan.

“Pada masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) sedang giat mengumpulkan maklumat mangsa yang terbabit bagi tujuan penyaluran bantuan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat