PDRM Kelantan Minta Orang Ramai Guna Surat Rentas Negeri Baharu Sepanjang PKP

KOTA BHARU: Polis Kelantan meminta orang ramai menggunakan surat kebenaran rentas negeri atau daerah yang baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh kawasan di negeri itu yang bermula hari ini hingga 29 April.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata hasil tinjauan beliau di sekatan jalan raya mendapati masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah ada digunakan semasa PKP Januari lepas.

“Sekiranya degil, mereka boleh diambil tindakan seperti dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini awal pagi tadi.

Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP itu.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam Zon Merah.

— BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...