Pengarah, Penulis Skrip Filem Mentega Terbang Terima Ugutan Bunuh

- Advertisement -

KAJANG – Pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan bunuh selain keretanya disimbah cat dan bahan asid pada Khamis.

Menerusi perkongsian Twitter, kereta milik kedua-dua mangsa jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih didapati dirosakkan dengan cat merah serta asid.

Selain itu, beberapa nota berunsur ugutan bunuh dipercayai berkaitan filem tersebut turut diletakkan pada kedua-dua kereta milik mangsa.

Difahamkan pengarah serta penulis skrip Mentega Terbang tersebut telah tampil membuat laporan polis di Kajang dan Ampang Jaya.

Sinar Harian difahamkan bahawa satu kenyataan akan dikeluarkan pihak polis dalam masa terdekat berhubung kejadian ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menerusi hantaran Twitter mengecam tindakan tersebut yang disifatkan di luar batas undang-undang.

“Saya kecam sekerasnya ugutan-ugutan seperti ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat