Majikan Disaran Bayar Gaji Permulaan RM3,000 Kepada Lulusan TVET – TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan pemain industri di negara ini menawarkan gaji permulaan sekurang-kurangnya RM3,000 kepada graduan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis TVET negara, berkata gaji minimum itu munasabah memandangkan graduan TVET adalah pekerja mahir yang telah menjalani kursus kemahiran.

“Pekerja mahir akan mempertingkat produktiviti… dan produktiviti ini dalam jangka panjang akan mengurangkan kos untuk menghasilkan produk akhir atau perkhidmatan akhir dan ini adalah munasabah kerana mereka pekerja terlatih serta sesuai dengan kehendak pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai Memorandum Kerjasama Transformasi Program TVET antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata gaji minimum RM1,500 dan RM2,208 adalah tidak mencukupi atau setimpal bagi graduan TVET. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat