Jadikan PAU 2021 Medan Penyatuan, Dengar Suara Akar Umbi

- Advertisement -

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) perlu dijadikan platform untuk mengukuhkan gerak kerja parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dalam masa yang sama turut menjangkakan PAU 2021 yang bermula semalam sebagai perhimpunan terakhir sebelum menjelangnya PRU15 nanti.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta perwakilan menjadikan PAU 2021 sebagai medan penyatuan dengan menghormati sebarang ketetapan yang dibuat pucuk kepimpinan parti bagi memastikan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dikekalkan.

“Pertama, perhimpunan kali ini penting untuk menaikkan semangat UMNO dengan memberi tumpuan kepada gerak kerja dalam PRU15.

“Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan perlu dihormati dan kita perlu memastikan penyatuan ini dapat dikekalkan sehingga PRU15. Ini mungkin PAU yang terakhir sebelum PRU15 dan penyatuan sangat penting,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seramai 18 jurucakap meliputi wakil dari negeri, Wanita, Pemuda, Puteri, siswa akan berbahas pada perhimpunan itu dengan menampilkan jurucakap daripada veteran UMNO dijemput sebagai pembahas buat julung kalinya.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung empat hari bermula hari ini akan dimulakan dengan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani berkata, beliau berharap barisan kepimpinan dapat menyelesaikan sebarang isu dan masalah termasuk desakan untuk mengadakan PRU-15 dengan lebih awal.

“PAU 2021 adalah landasan terbaik untuk dengar suara akar umbi agar tiada lagi perpecahan dan isu lagi. Malah, ia adalah medan untuk menyampaikan suara hati akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, perwakilan berharap agar kepimpinan parti dapat memikirkan kaedah serta jalan terbaik untuk memperkasakan serta memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) agar perpaduan Melayu Islam terus kekal utuh. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat