MN Kukuh Walaupun Musuh Cuba Adu Domba Hubungan PAS, UMNO, Kata Pemimpin PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas Selangor menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara parti itu dengan UMNO sejak tahun 2019 semakin kukuh dan mendapat sambutan rakyat.

Malah, menurut Setiausaha Agung Badan Perhubungan Pas negeri, Roslan Shahir Mohd Shahir, kerrjasama dan permuafakatan antara dua parti Melayu terbesar itu terus terjalin dari akar umnbi sehinggalah ke peringkat tertinggi.

Kata beliau, keakraban itu cukup luar biasa bagi kedua ahli yang suatu ketika dahulu adalah musuh politik sebelum Pas dan UMNO Bersatu menerusi MN dua tahun lalu.

“Tidak dinafikan permuafakatan ini mendapat sambutan baik rakyat khususnya di kalangan orang Melayu.

“Justeru, tidak hairanlah pihak musuh cukup bimbang melihat keadaan ini dan cuba mengganggu untuk menggagalkan kerjasama ini,” katanya yang dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut Roslan Shahir, Pas menyedari ada gerakan jarum saraf yang cukup licik mengadu-domba dan cubaan menimbulkan kecurigaan antara parti itu dan UMNO.

Kononnya, beliau berkata, UMNO mahu meninggalkan MN dan bakal bersengkokol dengan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam langkah jajaran baharu politiknya.

“Kerja ini semata-mata bermatlamat mencetuskan ketegangan antara hubungan baik yang sedia terjalin antara Pas dan UMNO.

“Saya pasti kerja jahat ini mengganggu UMNO dan saya berpegang teguh pada kata-kata sahabat saya, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bahawa UMNO konsisten dengan pendirian No DAP, No Anwar,” katanya.

Beliau yakin, atas semangat itu, Pas dan UMNO kini umpama satu tubuh yang akan bersama-sama menghadapi apa sahaja cubaan untuk merobohkan kesatuan besar orang Melayu itu. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat