Gas ammonia bocor, 33 pekerja kilang sesak nafas

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis mengesahkan sebuah forklift terlanggar injap tangki gas ammonia di sebuah kilang di kawasan di Jalan Keluli 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, sehingga mengakibatkan kebocoran pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila forklift terlanggar injap tangki terbabit ketika kerja mengalihkan tangki itu pada 11.30 pagi.

“Mangsa yang mengalami sesak nafas setakat ini adalah seramai 33 orang membabitkan 14 pekerja wanita dari kilang berkenaan dan 19 pekerja lelaki dari kilang bersebelahan.

“Kesemua mangsa sudah dihantar ke beberapa hospital sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan rawatan dan semua dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mohd Iqbal berkata, setakat ini tempat kejadian terkawal dan pulih sepenuhnya.

“Pihak kilang menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit. Operasi tamat pada 6.30 petang tadi,” katanya.

Terdahulu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kerja menutup injap bocor dilakukan oleh Pasukan Khas HAZMAT bagi memastikan tiada lagi kebocoran. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat