Adun Bebar umum tanding jawatan Ketua Umno Pekan

- Advertisement -

KUANTAN – Ahli dewan undangan negeri (Adun) Bebar, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menawarkan diri bertanding jawatan ketua Umno Pekan pada pemilihan Umno peringkat Bahagian itu.

Beliau yang juga Exco Kanan kerajaan Pahang mengumumkan perkara itu hari ini.

Mohammad Fakhruddin dipilih sebagai Adun Bebar selama tiga penggal dan dilantik sebagai Exco kerajaan Pahang sejak dua penggal lalu.

Pada penggal lalu, dia adalah Exco Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Pahang dan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dia dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang.

“Keputusan (untuk bertanding) ini dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos tahun lalu.

“Saya yakin sudah tiba masanya untuk saya menabur bakti dan keringat kepada pihak penduduk dan ahli Umno Pekan,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Mohammad Fakhruddin turut yakin melalui kerjasama dan hubungan baik dengan kepimpinan Umno Pahang selama ini, lebih banyak usaha, kemajuan dan pembangunan di Pekan dapat dilaksanakan.

Jawatan ketua Umno Bahagian Pekan sebelum ini dipangku Timbalannya, Datuk Seri Zamri Ramly sejak Ogos lalu.

Zamri sebelum ini memaklumkan belum ada pihak menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, pada awal bulan ini, Zamri dilaporkan berkata dia sedia bertanding untuk jawatan berkenaan jika ada pihak menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat