Sudahlah PAS jaja naratif nak tukar kerajaan, sikap ekstrem ini perlu ditolak- Faiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS yang menjaja naratif pertukaran kerajaan menunjukkan mereka adalah parti yang ekstrem dan tidak menghormati keputusan rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Justeru, PAS dinasihatkan agar menghentikan angan-angan untuk menukar kerajaan sebaliknya perlu memberi fokus sebagai pembangkang yang efisien dalam pembangunan negara.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, PAS juga seperti telah mendidik penyokongnya untuk menjadi ekstrem dan berpolitik sepanjang masa tanpa menghiraukan nasib rakyat di akar umbi.

“Sikap ekstrem PAS ini perlu ditolak oleh rakyat Malaysia. Sudah-sudahlah PAS dengan angan-angan dia, sandiwara dia, helah dia.

“Semuanya tidak wujud kerana mereka hanya bermain dengan sentimen dan ini menimbulkan keresahan pada rakyat dan tidak baik untuk negara secara keseluruhannya di mata dunia,” lapor Utusan di Kuala Nerus pada Selasa.

Faiz berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman MoU antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Universiti Malaysia Terengganu Jaya Holdings Sdn. Bhd.

Beliau mengulas keyakinan PAS akan berlakunya pertukaran kerajaan dalam masa terdekat seperti diumumkan beberapa pemimpinnya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Faiz berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, pemimpin politik di Malaysia perlu berfikiran matang dan tahu mereka perlu bekerja sebaik sahaja pilihan raya melabuhkan tirainya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat