Segerakan penubuhan IPCMC, pulih imej dan nama baik polis -MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak Kerajaan Perpaduan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memulihkan imej dan nama baik polis.

Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Aziz menegaskan bahawa kini kepercayaan orang awam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah goyah dan makin tiris.

“Kebelakangan ini, tular kes jenayah serius dibuat pegawai polis sendiri. Ada kes rogol, pukul orang awam, kes langgar.

“Malah ada juga laporan pegawai yang melakukan kesalahan ditukar ke unit lain – sementara siasatan dibuat.

“Ini beban yang besar kepada PDRM. Imej dan nama PDRM memang sudah goyah, kini kepercayaan orang awam kepada PDRM makin tiris,” tegas Amira dalam kenyataan, semalam.

ADUN Puteri Wangsa itu mempersoalkan, bagaimana PDRM boleh bekerja bersama masyarakat jika masyarakat takut melihat anggota beruniform yang bertugas?

“Saya juga lihat ramai yang mempersoalkan kelayakan menjadi anggota polis dan ramai ragu-ragu dengan siasatan polis.

“Saya banyak bekerja bersama anggota PDRM yang jujur dan baik. Mereka juga terpalit dengan segelintir ini. Rosak sebelanga susu kerana nila,” ujarnya.

Tambah Amira lagi, dahulu banyak pihak sebut Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) ini tidak bertaring dan banyak kepincangan.

“Saya setuju. Sebab itu saya ulang perlunya kerajaan tubuh IPCMC.

“IPCMC bukan cadangan baru. Cuma belum bentang dan tubuh. Kalau mahu rakyat taruh rasa percaya pada PDRM, tubuh IPCMC segera.

“Saya akan terus ulang siar gesaan ini sehingga semua kembali bersetuju dengan IPCMC. Jika tidak, makin banyak akan mempersoal integriti polis,” gesa Amira.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat