Seni tak kenal bangsa

- Advertisement -

Penantian pelakon kacak, Daniel Fong, 30, untuk memegang watak utama drama bersiri akhirnya membuahkan hasil apabila diberi peluang untuk membintangi drama bersiri berjudul Bintang.

Bergandingan dengan pelakon jelita, Ruhainies.

Fong berkata, dia seakan tidak percaya apabila segala usaha keras yang diberikan termasuk mempelajari teknik lakonan dihargai pihak produksi dan stesen TV.

“Sepanjang lima tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan saya pernah menjayakan watak utama dalam telefilem Bella Bila Cinta Bersatu dan Mualaf Ekspress, tetapi untuk drama bersiri Bintang adalah peluang pertama yang diberikan.

“Sebagai pelakon saya ingin memastikan kehadiran saya terus dihargai. Saya berasa teruja apabila bakat saya mula dipandang stesen TV.

“Saya juga berharap peluang ini tidak akan terhenti di sini saja. Harapan saya besar dalam bidang lakonan terutama ingin terus mencuba nasib dan mengintai peluang dalam pasaran Melayu,” katanya.

Bagi pemilik nama sebenar Daniel Fong Weng Chuan ini, walaupun pada peringkat permulaan dia sukar bertutur dalam bahasa Malaysia, namun dia sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi lebih baik.

Katanya, berkat usaha dan tidak pernah mengenal erti putus asa, akhirnya rezeki dalam dunia seni mula menampakkan sinar kejayaan.

“Orang luar mungkin beranggapan kerjaya sebagai pelakon ini mudah, tapi hakikatnya perjalanan yang saya tempuh banyak ujian dan halangan.

“Tambahan saya adalah pelakon berbangsa Cina yang bekerja dalam pasaran Melayu dan pada peringkat permulaan tidak begitu fasih bertutur dalam bahasa Malaysia.

“Namun, saya cuba memperbaiki diri dengan menghadiri kelas lakonan dan sentiasa belajar ketika di set penggambaran daripada rakan pelakon lain.

“Perlahan-lahan daripada watak kecil dan pembantu, kini saya diberi peluang untuk memegang peranan utama dalam drama bersiri di TV3,” katanya.

Enggan meletakkan harapan terlalu tinggi, namun Daniel berharap drama Bintang bakal mengubah perjalanan seninya menjadi lebih baik.

“Ahli keluarga sangat menyambut baik dengan pencapaian yang diraih sekarang. Jadi untuk pastikan kehadiran saya terus relevan saya perlu ada naskhah yang bagus dan Bintang antara karya yang terbaik.

“Saya berharap gandingan saya bersama Ruhainies akan memberi kelainan dan impak yang positif kepada penonton. Tak sabar untuk menantikan maklum balas penonton nanti,”katanya.

Drama bersiri Bintang bakal disiarkan menerusi slot istimewa Ramadan Raya Lestary TV3 selama 20 episod.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat